Assalammualaikum..
hai semua..bersua lagi kita pada malam ini.. tapi malam ini tiada pantun laa...
Sekali lagi syarikat gergasi perkomputeran Apple Inc telah menggemparkan dunia dengan pengenalan produk terbarunya iaitu Apple iPad
dan dikatakan bakal membawakan trend & persekitaran baru dalam
cara kita berkomputer. iPad merupakan produk pc tablet yg julung
dihasilkan dalam kelasnya tersendiri dan berjaya terjual sebanyak
300,000 unit hanya pada hari pertama dipasarkan di US. Ini sekaligus
membuka mata kepada pengeluar dan pemain komputer utama dunia seperti
Microsoft, Google, HP, Dell, Asus, Acer dan sebagainya dalam penghasilan
produk PC Tablet di pasaran komputer di masa akan datang.
PC Tablet berfungsi sama seperti desktop
PC atau notebook, cuma ia tidak mempunyai keyboard kerana interaksi
pengguna bergantung sepenuhnya pada paparan skrin sesentuhnya
(Multi-Touch screen) yang berukuruan secara puratanya 7" (lebar) dan 9"
(panjang). Namun spesifikasinya telah dikurangkan sepadan dengan design
dan bentuknya. Ia tidak beroperasi di atas platform OS yang sama seperti
PC desktop & Notebook disebabkan "performance"nya yang agak
minimum. Namun dalam penghasilan PC Tablet di masa akan datang, ia akan
diperkuasakan dengan OS Google Android dan Windows 7 (kini giat dalam
pembangunan khas untuk platform tablet). Ini akan memudahkan kita untuk
melayari internet, menonton cerita atau video YouTube, cek email,
melihat koleksi album gambar, membaca e-book, bermain game dan
sebagainya hanya dalam keadaan duduk, baring ataupun ikut keselesaan
diri anda semua.
No comments:
Post a Comment