Monday 28 May 2012

"Festival Seni UKM 2012"

 Festivai Seni UKM 2012

Kontrak Pembelajaran
Alhamdullilah...
Akhirnya, selesai juga kontrak pembelajaran saya untuk semesta ini..dengan melibatkan diri dalam kelab dikir barat UKM selama satu semesta.
Dan Festival Seni yang diadakan pada 28 Jun 2012 di DECTAR berjalan dengan lancar dan jayanya.

"Gemuruh Jiwa"

Lirik/Tajuk Lagu: Gemuruh (OST MyStarz)
Penyanyi/Artis: Faizal Tahir (OIAM)
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

"Tutorial MS Access"

"Cara Menangani Stress Secara Sihat"

Kemarahan adalah salah satu masalah emosi akibat stress. Stress ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. Kita semua akan mengalami stress dirumah, sekolah atau di tempat kerja. Kita perlukan sedikit stress untuk berfungsi secara berkesan. Adakalanya, stress boleh menjadi faktor motivasi terhadap perkembangan kehidupan seseorang.

Kenapa anda stress?
  • Diri sendiri.
  • Keluarga anda.
  • Pekerjaan anda.
  • Komuniti anda.
Kuasai kemahiran untuk menyelesaikan masalah secara IDEAL:
I-Kenal pasti masalah
D-Jelaskan pilihan yang diambil
E-Buat penilaian bagi setiap cadangan
A-Pilih satu cara untuk bertindak
L-Belajar dari pengalamansama ada hasilnya berjaya ataupun tidak

Cara untuk mengurangkan kemarahan:
  • berfikir secara positif
  • jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • belajar untuk menyukai diri sendiri
  • usahakan yang terbaik daripada apa yang anda ada
  • belajar untuk menerima apa yang tidak dapat diubah
  • jangan risau tentang kekurangan yang ada
  • bertenang
  • lakukan senaman selalu
  • adakan hobi
  • luangkan masa untuk keluarga dan kerja
  • dapatkan tidur yang cukup
  • dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • bersifat asertif
  • tetapkan matlamat yang realistik untuk diri anda
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia




"6 Penyebab Malas Belajar"

Belajar adalah satu kewajipan kepada pelajar, hidup tanpa belajar bagaikan raga tanpa jiwa. Tetapi masalah malas belajar selalu menghantui ramai pelajar pelbagai peringkat. Berikut adalah antara alasan mengapa kita sering malas belajar.

  1. Susah memahami soalan dan isi pelajaran.
  2. Keadaan sekitar tempat belajar.
  3. Keinginan bermain 'game'.
  4. Mood.
  5. Kekurangan prasarana.
  6. Fizikal kurang sihat

12 TIDUR yang SUNAT diKEJUTKAN ^,^


Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.

Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت
من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)

Kedua belas:Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)
http://duniakushida.blogspot.com/2012/05/super-sunday-silence.html

Wednesday 16 May 2012

"Selamat Hari Guru 2012"


Selamat Hari Guru..

Terutama kepada guru-guru yang mengajar di SEK KEB SRI JASA SEPAKAT dan SEK MEN KEB DATO ONN..
tidak lupa juga kepada penyarah-pensyarah di KOLEJ UNITI dan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA..
Dan..
Kepada kedua ibu bapa saya, PN. KHALASIAH BINTI KEMAT dan EN. SAMAT BIN ARIPIN..
Walaupun mak dan ayah bukan seorang guru yang mengajar di sekolah..
Tapi mak dan ayah adalah seorang pengetua dan guru dispilin di rumah yang telah mendidik kami adik-beradik sejak lahir lagi..
Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mencurahkan ilmu kepada saya...
Dan..
Kepada semua yang bergelar cikgu dan para pendidik..
SELAMAT HARI GURU...