Assalammualaikum...
Hai semua!!! Kali ini saya hendak berkongsi resipi cara membuat kek coklat kukus yang saya masak bersama adik-adik saya. Resepinya amatlah mudah dan senang terutamanya kepada yang tidak berapa pandai sangat memasak macam saya. Hehehehe...Resepi ini untuk membuat sebiji kek coklat lembap yang sedap.
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula
1 cawan minyak masak ( boleh diganti dengan buttercup)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur
Hiasan Kek :
1 Bar coklat masakan
Coklat rice/apa-apa hiasan yang menarik untuk kek
Cara-cara Memasak:
- Sebelum kita membancuh bahan-bahan, didihkan air didalam alat kukusan.
- Sementara menunggu air mendidih, kita mulai adunan dengan ambil 2 biji telur dan dipukul sehingga kembang manakala coklat, gandum, gula, soda bikarbonat dan serbok penaik digaul sekali.
- Susu cair dan minyak masak dicampur ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
- Campurkan adunan dalam langkah 2 ke dalam langkah 3.
- Kacau sehingga sebati.
- Sediakan loyang kek yang sudah disapu majerin dan masukkan adunan kek yang telah sebati tadi.
- Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 30 minit).*untuk hendak tahu samada kek sudah masak atau belum, boleh cucuk menggunakan lidi. Jika tiada apa yang melekat pada lidi tersebut, bermakna kek sudah masak*.
- Selepas masak cairkan bar coklat, sapu diatas dan disekeliling kek.
- Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.
No comments:
Post a Comment