CINTA,
Adakah sekadar kata-kata,
Atau mengenai bukti nyata,
Atau hanya khayalan semata-mata,
Kerana CINTA dunia
Hilang harganya harta
Seakan terhentinya masa
Jiwa raga menjadi hamba
Segala seakan tiada bermakna
Demi CINTA dunia,
Kesukaan hati dilupakan,
Keburukan menjadi pujaan,
Kebencian menjadi dambaan,
Kehinaan menjadi sanjungan,
Atas CINTA dunia,
Hanya pada-NYA kita berfikir,
Janji-janji palsu menjadi zikir,
Membuat kita murka tidak terfikir,
Membuat dia ketawa acap difikir,
Namun, dalam mencari CINTA ALLAH,
Harta habis sebanyak mana?
Masa diisi selapang mana?
Sujud kita serendah mana?
Hati merindu serendah mana?
Muhasabah CINTA mu,
Pada Dzat Maha Pencipta,
Sentiasa ada disisimu,
Menanti liah rasamu pada-NYA,
Sentiasa bersabar karenahmu,
Terus menyebar nikmat-NYA,
Sentiasa mencemburui dirimu,
Saat kau lupa keberadaan-NYA,
Bercintalah dengan ALLAH,
kerana CINTA itu utama.
Nukilan: Akh Mohamad Khir Johari