Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum untuk semua,
Pemanis kata selamat membaca,
Awal bismilah pembuka kata.
![]() |
Nama diberi Shuhaida Binti Samat, yang dilahirkan pada tanggal 08 Mei 1989 dan pada tahun ini saya melangkah masuk ke umur 23 tahun. Saya dilahirkan di rumah yang beralamat tetap iaitu No 76D, Kg Batu Puteh, Mukim 4 Simpang Lima, 83020 Batu Pahat, Johor. Saya juga merupakan anak jati Johor kerana saya dilahirkan di Johor dan
kedua ibubapa saya juga dilahirkan dan menetap di Johor sehingga kini.
Saya mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Seri Jasa Sepakat, Batu Pahat, Johor dari darjah 1-6. Selepas itu saya menyambung pelajaran ke SMK Dato Onn dari tingkatan 1-5. Seterusnya saya melanjutkan pengajian saya ke Kolej Universiti Teknologi Islam (Kolej UNITI) di Port Dickson, Negeri Sembilan selama 3 tahun dan memperolehi diploma dalam kursus Pengurusan Perniagaan. Kemudian saya membuat tawaran untuk melanjutkan pengajian saya ke IPTA dan Alhamdulillah, saya ditawarkan untuk menyambung pengajian saya dalam program Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan Dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ini adalah ahli keluarga saya. Saya mempunyai 5 orang adik-beradik dan saya merupakan anak kedua. Ayah saya bernama Samat Bin Aripin. Beliau bekerja sebagai seorang pengarah di sebuah syarikat manakala ibu saya bernama Khalasiah Binti Kemat bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa. Kakak saya bernama Sofia berumur 24 tahun, bekerja sebagai pembantu makmal. Adik lelaki saya bernama Mohd Sofian berumur 20 tahun, bekerja sebagai kontraktor. Adik perempuan saya yang keempat bernama Saimah Nor berumur 17 tahun, masih bersekolah di SMK Dato Onn manakala adik bongsu saya bernama Salwa yang berumur 15 tahun juga masih bersekolah di SMK Temenggong Ibrahim (P).
No comments:
Post a Comment