Thursday 26 April 2012

"Kalau Ku Punya Email"

    
Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai. Lalu dia mengatakan...
          Pegawai : "Anda diterima bekerja dan berikan email anda, kami akan mengirimkan maklumat yang diperlukan..."
          Wanita   : "Maaf, encik." Saya tidak memiliki komputer dan juga email.
          Pegawai : "Maaf, ye." Sekiranya anda tidak mempunyai email, anda tidak boleh diambil sebagai pekerja disini.
     Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan berlalu pergi dan hanya memiliki RM10, lalu dia pergi ke supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam sahaja. Dia mendapat untung sekali ganda, lalu diulangi kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya...Setelah beberapa waktu, dia mampu mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di kawasan tersebut. Suatu hari, dia terlintas untuk membeli insuran untuk diri dan keluarganya. Lalu, dia memanggil penjual insuran datang ke pejabatnya... Setelah bersetuju, penjual insuran berkata..
         Penjual insuran : "Minta email, Puan."
                    Wanita  : "Oh, maaf... saya tidak ada komputer dan email."
         Penjual insuran : (Terkejut). "Aneh...Puan mempunyai perniagaan yang besar, tetapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan, apa yang boleh puan lakukan jika Puan memiliki komputer dan email?."
                     Wanita : "Jadi tukang sapu di Microsoft." gelak_besargelak_besar



Monday 23 April 2012

" Berhati-hati menggunakan komputer awam"

Hati2 kalau memakai PC di tempat umum (seperti internet cafe, dll) Cek belakang PC dan lihat apakah alat ini ada di belakang PC, bila ada, jgn pakai PC itu! Alat ini dinamakan Keystroke.

Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah ditaip oleh keyboard itu..

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda taip, yg telah tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan dan sampaikan kepada sahabat handai.

"Seorang yang berjaya, Seorang yang gagal"


Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”

Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”

Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji

Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”
Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi

“Jadilah!”, maka terjadilah ia."

" Betapa jauh dan sukarnya untuk manusia memahami ciptaan alam semeata yang rumit ini, namun apabila mereka mengintai disebalik tirai pencipta alam semesta ini, ianya seakan-akan dicipta dengan begitu mudah, seakan-akan alam semesta ini hanya wujud apabila dibisikkan kalimah “Jadilah!”, maka terjadilah ia."



"5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK"

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen. 

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang 
mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan
telah pun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah,
"Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan 
apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa 
yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk
kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa. 

4.Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau
sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari.
Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee 
segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk 
membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah 
Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya 
sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap
barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah 
diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'. 

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan 
kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.
By: FB Airesh WalkWay

Monday 2 April 2012

"Video Power Point"

Assalammualaikum...
Hai Semua...
Jom tengok video ini....


Nama : Shuhaida Binti Samat
No Matrik : A 137458
Tajuk : Kesan Internet Terhadap Kehidupan Insan

"MS Power Point"

Assalammualaikum..
Hai semua...Akhirnya, assignment and presentation MS Power Point ini selesai juga..
Jom lah tengok slide power point group saya..
*** Shuhaida Binti Samat ( A 137458 ) dan Norazira Binti Ngadenan ( A 136581 )