Monday 28 May 2012

"Festival Seni UKM 2012"

 Festivai Seni UKM 2012

Kontrak Pembelajaran
Alhamdullilah...
Akhirnya, selesai juga kontrak pembelajaran saya untuk semesta ini..dengan melibatkan diri dalam kelab dikir barat UKM selama satu semesta.
Dan Festival Seni yang diadakan pada 28 Jun 2012 di DECTAR berjalan dengan lancar dan jayanya.

"Gemuruh Jiwa"

Lirik/Tajuk Lagu: Gemuruh (OST MyStarz)
Penyanyi/Artis: Faizal Tahir (OIAM)
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

"Tutorial MS Access"

"Cara Menangani Stress Secara Sihat"

Kemarahan adalah salah satu masalah emosi akibat stress. Stress ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. Kita semua akan mengalami stress dirumah, sekolah atau di tempat kerja. Kita perlukan sedikit stress untuk berfungsi secara berkesan. Adakalanya, stress boleh menjadi faktor motivasi terhadap perkembangan kehidupan seseorang.

Kenapa anda stress?
  • Diri sendiri.
  • Keluarga anda.
  • Pekerjaan anda.
  • Komuniti anda.
Kuasai kemahiran untuk menyelesaikan masalah secara IDEAL:
I-Kenal pasti masalah
D-Jelaskan pilihan yang diambil
E-Buat penilaian bagi setiap cadangan
A-Pilih satu cara untuk bertindak
L-Belajar dari pengalamansama ada hasilnya berjaya ataupun tidak

Cara untuk mengurangkan kemarahan:
  • berfikir secara positif
  • jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • belajar untuk menyukai diri sendiri
  • usahakan yang terbaik daripada apa yang anda ada
  • belajar untuk menerima apa yang tidak dapat diubah
  • jangan risau tentang kekurangan yang ada
  • bertenang
  • lakukan senaman selalu
  • adakan hobi
  • luangkan masa untuk keluarga dan kerja
  • dapatkan tidur yang cukup
  • dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • bersifat asertif
  • tetapkan matlamat yang realistik untuk diri anda
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia




"6 Penyebab Malas Belajar"

Belajar adalah satu kewajipan kepada pelajar, hidup tanpa belajar bagaikan raga tanpa jiwa. Tetapi masalah malas belajar selalu menghantui ramai pelajar pelbagai peringkat. Berikut adalah antara alasan mengapa kita sering malas belajar.

  1. Susah memahami soalan dan isi pelajaran.
  2. Keadaan sekitar tempat belajar.
  3. Keinginan bermain 'game'.
  4. Mood.
  5. Kekurangan prasarana.
  6. Fizikal kurang sihat

12 TIDUR yang SUNAT diKEJUTKAN ^,^


Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.

Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت
من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)

Kedua belas:Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)
http://duniakushida.blogspot.com/2012/05/super-sunday-silence.html

Wednesday 16 May 2012

"Selamat Hari Guru 2012"


Selamat Hari Guru..

Terutama kepada guru-guru yang mengajar di SEK KEB SRI JASA SEPAKAT dan SEK MEN KEB DATO ONN..
tidak lupa juga kepada penyarah-pensyarah di KOLEJ UNITI dan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA..
Dan..
Kepada kedua ibu bapa saya, PN. KHALASIAH BINTI KEMAT dan EN. SAMAT BIN ARIPIN..
Walaupun mak dan ayah bukan seorang guru yang mengajar di sekolah..
Tapi mak dan ayah adalah seorang pengetua dan guru dispilin di rumah yang telah mendidik kami adik-beradik sejak lahir lagi..
Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mencurahkan ilmu kepada saya...
Dan..
Kepada semua yang bergelar cikgu dan para pendidik..
SELAMAT HARI GURU...

Monday 14 May 2012

"Selamat Hari Ibu 2012'

Ibu...tanpamu aku tiada, tanpa didikanmu aku melata, tanpa kasihmu aku merana, tanpa pujukanmu aku sesat merata, selamat hari ibu 2012 buat ibuku KHALASIAH BINTI KEMAT..

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Sempena hari ibu,, pada 13 Mei 2012 yang jatuh pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei di Malaysia. Saya ambil dari iluvislam.com untuk tatapan kita bersama. Hayatilah...

Ibu...
Berderai air mataku tatkala aku membaca Yasin di hadapan pusaramu,
Jatuh bercucuran bak hujan di saat aku mengenangkan pengorbananmu,
Belum sempat aku membalasnya takdir telah menjemputmu pulang terlebih dahulu,
Dikau pergi saat aku masih perlukan belaianmu.

Ibu...
Ku kirimkan sebaris doa senada kasih sayangku,
Tidak terbanding kasihmu bak seluas langit membaluti bumi nan kedinginan,
Pergimu dengan keredhaan  bersatu dalam kehilangan dipandangan sepiku,
Anakmu di dunia akan meneruskan perjalanan bersama pesan dan amanahmu.

Ibu...
Betapa aku amat merindui dirimu yang telah lama lena dalam pembaringan,
Setiap belaianmu tika membesarkan aku bersemadi kukuh dalam hatiku,
Syahdu dan pilu rasanya berjauhan darimu walau bukan itu pintaku,
Aku redha dan iklas dalam langkahmu menuju ILLAHI.

Ibu...
Walau seketika anakmu alpa,
Kasihmu sentiasa menjadi ingatan abadi bagi diriku,
Membawa hidayah keinsafan seorang anak,
Dalam menjalani kehidupan duniawi.

Ibu...
Bersemadilah dengan aman,
Semoga rohmu diberkati Yang Esa,
Doaku tidak pernah kering meniti bibirku buatmu sentiasa,
Dikaulah ibuku di dunia dan akhirat.

-Artikel iluvislam.com

Thursday 26 April 2012

"Kalau Ku Punya Email"

    
Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai. Lalu dia mengatakan...
          Pegawai : "Anda diterima bekerja dan berikan email anda, kami akan mengirimkan maklumat yang diperlukan..."
          Wanita   : "Maaf, encik." Saya tidak memiliki komputer dan juga email.
          Pegawai : "Maaf, ye." Sekiranya anda tidak mempunyai email, anda tidak boleh diambil sebagai pekerja disini.
     Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan berlalu pergi dan hanya memiliki RM10, lalu dia pergi ke supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam sahaja. Dia mendapat untung sekali ganda, lalu diulangi kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya...Setelah beberapa waktu, dia mampu mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di kawasan tersebut. Suatu hari, dia terlintas untuk membeli insuran untuk diri dan keluarganya. Lalu, dia memanggil penjual insuran datang ke pejabatnya... Setelah bersetuju, penjual insuran berkata..
         Penjual insuran : "Minta email, Puan."
                    Wanita  : "Oh, maaf... saya tidak ada komputer dan email."
         Penjual insuran : (Terkejut). "Aneh...Puan mempunyai perniagaan yang besar, tetapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan, apa yang boleh puan lakukan jika Puan memiliki komputer dan email?."
                     Wanita : "Jadi tukang sapu di Microsoft." gelak_besargelak_besar



Monday 23 April 2012

" Berhati-hati menggunakan komputer awam"

Hati2 kalau memakai PC di tempat umum (seperti internet cafe, dll) Cek belakang PC dan lihat apakah alat ini ada di belakang PC, bila ada, jgn pakai PC itu! Alat ini dinamakan Keystroke.

Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah ditaip oleh keyboard itu..

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda taip, yg telah tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan dan sampaikan kepada sahabat handai.

"Seorang yang berjaya, Seorang yang gagal"


Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”

Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”

Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji

Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”
Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi

“Jadilah!”, maka terjadilah ia."

" Betapa jauh dan sukarnya untuk manusia memahami ciptaan alam semeata yang rumit ini, namun apabila mereka mengintai disebalik tirai pencipta alam semesta ini, ianya seakan-akan dicipta dengan begitu mudah, seakan-akan alam semesta ini hanya wujud apabila dibisikkan kalimah “Jadilah!”, maka terjadilah ia."



"5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK"

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen. 

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang 
mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan
telah pun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah,
"Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan 
apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa 
yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk
kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa. 

4.Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau
sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari.
Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee 
segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk 
membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah 
Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya 
sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap
barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah 
diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'. 

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan 
kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.
By: FB Airesh WalkWay

Monday 2 April 2012

"Video Power Point"

Assalammualaikum...
Hai Semua...
Jom tengok video ini....


Nama : Shuhaida Binti Samat
No Matrik : A 137458
Tajuk : Kesan Internet Terhadap Kehidupan Insan

"MS Power Point"

Assalammualaikum..
Hai semua...Akhirnya, assignment and presentation MS Power Point ini selesai juga..
Jom lah tengok slide power point group saya..
*** Shuhaida Binti Samat ( A 137458 ) dan Norazira Binti Ngadenan ( A 136581 )

Friday 30 March 2012

"Save The Internet"

Assalammualaikum... 
hai,, semua..
 Dalam coretan kali ini, saya nak berkongsi dengan kamu semua tentang video dibawah ini...yang ini linknya ye... 
http://www.youtube.com/watch?v=cWt0XUocViE


Wednesday 28 March 2012

"Ms Excel Assignment"


Alhamdulillah...
Akhirnya, siap juga assignment ms ecxel yang diberikan oleh Pn. Norazila minggu lalu...
Lihat di bawah ini..
Ok!  :)

"Program Kembara Budaya & Moral"

Assalammualaikum...
Hai, Semua...
Pada coretan kali ini, saya ingin berkongsi dengan kamu semua mengenai aktiviti saya pada hujung minggu lepas..tapi sebelum itu, izinkan saya berpantun dahulu, ye...

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Ingin berkongsi cerita minggu ini,
Moga diiringi restu Ilahi.
Antara fasilitator yang terlibat

 Ahli kumpulan saya : "Tiger!! ouawmmm>>>

 Taklimat sebelum masuk ke Gua Tempurung

Hasil karya adik-adik

Pembahagian kumpulan

 Seramai 52 orang anak yatim Da Hikmah

 Didewan makan Da Hikmah

  
Persembahan dari fasilitator


Syara, Hana, Saya & Atiqah

ehmmm.. kamu semua tahu, pada minggu lepas, saya terlibat dengan "Program Kembara Budaya & Moral" yang dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian & Sivik Kolej Ungku Omar, UKM. Kami pergi ke rumah kebajikan anak yatim/miskin Darul Hikmah di Gopeng, Perak. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 23-25 Mac 2012. Seramai 52 orang anak yatim dan 5 orang ustaz yang terlibat dalam program ini...
Antara aktiviti yang diadakan disana ialah :
- Ice breaking "Teka Siapa Saya"
- Meneroka ke Gua Tempurung
- Sukaneka bersama warga DaHikmah
- Malam Kebudayaan $ BBQ
- Apresiasi seni

 Persembahan Nasyid Penghuni Da Hikmah

Thursday 15 March 2012

"PC Tablet - Masa Depan Gaya Perkomputeran Anda "

Assalammualaikum..
hai semua..bersua lagi kita pada malam ini.. tapi malam ini tiada pantun laa...
 
           Sekali lagi syarikat gergasi perkomputeran Apple Inc telah menggemparkan dunia dengan pengenalan produk terbarunya iaitu Apple iPad dan dikatakan bakal membawakan trend & persekitaran baru dalam cara kita berkomputer. iPad merupakan produk pc tablet yg julung dihasilkan dalam kelasnya tersendiri dan berjaya terjual sebanyak 300,000 unit hanya pada hari pertama dipasarkan di US. Ini sekaligus membuka mata kepada pengeluar dan pemain komputer utama dunia seperti Microsoft, Google, HP, Dell, Asus, Acer dan sebagainya dalam penghasilan produk PC Tablet di pasaran komputer di masa akan datang.


          PC Tablet berfungsi sama seperti desktop PC atau notebook, cuma ia tidak mempunyai keyboard kerana interaksi pengguna bergantung sepenuhnya pada paparan skrin sesentuhnya (Multi-Touch screen) yang berukuruan secara puratanya 7" (lebar) dan 9" (panjang). Namun spesifikasinya telah dikurangkan sepadan dengan design dan bentuknya. Ia tidak beroperasi di atas platform OS yang sama seperti PC desktop & Notebook disebabkan "performance"nya yang agak minimum. Namun dalam penghasilan PC Tablet di masa akan datang, ia akan diperkuasakan dengan OS Google Android dan Windows 7 (kini giat dalam pembangunan khas untuk platform tablet). Ini akan memudahkan kita untuk melayari internet, menonton cerita atau video YouTube, cek email, melihat koleksi album gambar, membaca e-book, bermain game dan sebagainya hanya dalam keadaan duduk, baring ataupun ikut keselesaan diri anda semua.

Wednesday 14 March 2012

"Perempuan & Rahim"

Assalammualaikum..
Hai.. semua..
Seperti biasa, izinkan saya memulakan coretan saya pada hari ini dengan serangkap pantun..

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Menulis lagi didalam blog ini.

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhakadenganNya.Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......




Monday 12 March 2012

"Ms Word Assignment"

Alhamdulillah,,, 
akhirnya siap juga tugasan pertama Ms Word yang diberikan oleh Pn Norazila... lega sangat rasanya... Lihatlah di bawah... ok : )

"Minggu Bersama MITRAD-8 UPSM UKM"

Assalammualaikum...
Hi,semua...
Izinkan saya memulakan coretan saya kali ini dengan serangkap pantun...

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Ingin berkongsi cerita minggu ini,
Moga diiringi restu Ilahi.

ehmmm.. kamu semua tahu, minggu ini Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM UKM) akan mengadakan Minggu ICT dan Keterampilan Diri kali ke-8 atau nama ringkasnya MITRAD 8. Program ini merupakan program tahunan UPSM UKM. Program ini diadakan pada 12-15 Mac 2012,b ermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang.

Jom, beramai-ramai kita pergi ke program 'MITRAD'!!!

Antara aktiviti yang diadakan ialah :
  • Jom daftar sebagai pemilih
  • Bengkel penulisan resume dari Job Malaysia
  • Jom format laptop
  • Busanaku
  • UKM Top host
  • Fesyen bajet
  • Mock interview
  • Bengkel graduan berkualiti

Thursday 8 March 2012

"Kebahagiaan"

 Assalammualaikum...

Hai kawan-kawan semua..kita berjumpa lagi.. kali ini saya hendak berkongsi mutiara kata ' kebahagiaan '.

Dimana, Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini,
supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini.
Dan jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang,
kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepatkan datangnya kesusahan dan kesedihan.

Wednesday 7 March 2012

"BerCintalah"

CINTA,
Adakah sekadar kata-kata,
Atau mengenai bukti nyata,
Atau hanya khayalan semata-mata,

Kerana CINTA dunia
Hilang harganya harta
Seakan terhentinya masa
Jiwa raga menjadi hamba
Segala seakan tiada bermakna
Demi CINTA dunia,
Kesukaan hati dilupakan,
Keburukan menjadi pujaan,
Kebencian menjadi dambaan,
Kehinaan menjadi sanjungan,
Atas CINTA dunia,
Hanya pada-NYA kita berfikir,
Janji-janji palsu menjadi zikir,
Membuat kita murka tidak terfikir,
Membuat dia ketawa acap difikir,
Namun, dalam mencari CINTA ALLAH,
Harta habis sebanyak mana?
Masa diisi selapang mana?
Sujud kita serendah mana?
Hati merindu serendah mana?
 
Muhasabah CINTA mu,
Pada Dzat Maha Pencipta,
Sentiasa ada disisimu,
Menanti liah rasamu pada-NYA,
Sentiasa bersabar karenahmu,
Terus menyebar nikmat-NYA,
Sentiasa mencemburui dirimu,
Saat kau lupa keberadaan-NYA,

Bercintalah dengan ALLAH,
kerana CINTA itu utama.                                         
                                                                            

 Nukilan: Akh Mohamad Khir Johari


"Keyboard"

 Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia 

Keyboard merupakan unit input yang paling penting dalam suatu pengolahan data dengan komputer. Keyboard dapat berfungsi memasukkan huruf, angka, karakter khusus serta sebagai media bagi user (pengguna) untuk melakukan perintah-perintah lainnya yang diperlukan, seperti menyimpan file dan membuka file. Penciptaan keyboard komputer berasal dari model mesin “ketik” yang diciptakan dan dipatenkan oleh Christopher Latham pada tahun 1868, Dan pada tahun 1887 diproduksi dan dipasarkan oleh perusahan Remington. Keyboard yang digunakan sekarang ini adalah jenis QWERTY, pada tahun 1973, keyboard ini dinobatkan sebagai keyboardstandard ISO (International Standar Organization). Jumlah tombol pada keyboard ini berjumlah 104 tuts. Keyboard sekarang yang kita kenal memiliki beberapa jenis port, iaitu port serial, ps2, usb dan wireless.   
       Jenis-Jenis Keyboard : 
1.) QWERTY
2.) DVORAK
3.) KLOCKENBERG 

Keyboard yang biasanya dipakai adalah keyboard jenis QWERTY, yang bentuknya ini mirip seperti tuts pada mesin tik. Keyboard QWERTY memiliki empat bagian iaitu :
1. typewriter key
2. numeric key
3. function key
4. special function key. 
1. Typewriter Key 
        Tombol ini merupakan tombol utama dalam input. Tombol ini terdiri atas alphabet dan tombol lainnya seperti berikut :
    • Back Space    -Tombol ini berfungsi untuk menghapus 1 character di kiri cursor
    • Caps Lock      -Bila tombol ini ditekan, maka lampu indikator caps lock akan menyala, hal ini
                               menunjukkan bahwa huruf yang diketik akan menjadi huruf besar atau Kapital, bila
                               lampu indicator caps lock mati, maka huruf akan menjadi kecil.
    • Delete            -Tombol ini berfungsi untuk menghapus 1 karakter pada posisi cursor
    • Esc                 -Tombol ini berfungsi untuk membatalkan suatu perintah dari suatu menu.
    • End                -Tombol ini berfungsi untuk memindahkan cursor ke akhir baris/halaman/lembar kerja
    • Enter              -Tombol ini berfungsi untuk berpindah ke baris baru atau untuk melakukan suatu
                             proses perintah.
    • Home             -Untuk menuju ke awal baris atau ke sudut kiri atas layar
    • Insert             -Tombol ini berfungsi untuk menyisipkan character.
    • Page Up        -Tombol ini berfungsi untuk meggerakan cursor 1 layar ke atas
    • Page Down    -Tombol ini berfungsi untuk Menggerakkan cursor 1 layar ke bawah
    • Tab                -Tombol ini berfungsi untuk memindahkan cursor 1 tabulasi ke kanan. 
2. Numeric Key 
        Tombol ini terletak di sebelah kanan keyboard. tombol ini terdiri atas angka dan arrow key. Jika lampu indikator num lock menyala maka tombol ini berfungsi sebagai angka. Jika lampu indikator num lock mati maka tombol ini berfungsi sebagai arrow key.  

3. Function Key 
        Tombol ini terletak pada baris paling atas, tombol fungsi ini ini terdiri dari F1 s/d F12. Fungsi tombol ini berbeza-beza tergantung kepada program komputer yang digunakan. 
4. Special Function Key 
        Tombol ini terdiri atas tombol Ctrl, Shift, dan Alt. Tombol akan mempunyai fungsi bila ditekan secara bersamaan dengan tombol lainnya. Misalnya, untuk memblok menekan bersamaan tombol shift dan arrow