Wednesday, 7 March 2012

"apa orang lain kata?"


Kadangkala kita takut dengan 'apa orang lain kata nanti' terhadap keputusan dan tindakan yang kita ambil kerana cara berfikir setiap orang adalah berbeza dan kita tidak boleh mengawalnya. 

Kuncinya, kita mestilah pastikan keputusan yang diambil adalah benar dan kemudian bertindaklah. Biar apapun orang lain katakan, kita harus yakin bahawa setiap tindakan berharga di muka bumi ini pasti berlaku kritikan orang lain.

 Situasi dimana seorang bapa dengan anaknya dan seekor keldai yang hendak ke pekan...
    kes 1:  si bapa menyuruh anaknya menunggung keldai dan  bapanya berjalan kaki.
   Orang kata : patut ke anak di suruh tunggang keldai dan  
                                                                bapa berjalan kaki. Tidak patut punya anak...


    kes 2: si bapa menyuruh anaknya berjalan kaki dan si bapa menunggang keldai.
              Orang kata : patut ke anak di suruh berjalan kaki dan bapa menunggang keldai.  
              Tidak patut punya bapa...

    kes 3: si bapa mengikat keempat-empat kaki keldai tersebut dan memikulnya. si bapa
             dan si anak berjalan kaki sambil memikul keldai mereka.
             Orang kata : ada ke keldai dipikul ? Keldai itu boleh ditunggang...

Kesimpulan dari peristiwa ini ialah biar apapun orang lain kata, kerana mereka tidak tahu apa yang sedang dan akan kita lakukan untuk mendapatkan satu keputusan yang terbaik. Sesungguhnya, apapun yang berlaku di muka bumi ini pasti mendapat kritikan orang lain.

No comments:

Post a Comment