Monday 28 May 2012

"Cara Menangani Stress Secara Sihat"

Kemarahan adalah salah satu masalah emosi akibat stress. Stress ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. Kita semua akan mengalami stress dirumah, sekolah atau di tempat kerja. Kita perlukan sedikit stress untuk berfungsi secara berkesan. Adakalanya, stress boleh menjadi faktor motivasi terhadap perkembangan kehidupan seseorang.

Kenapa anda stress?
  • Diri sendiri.
  • Keluarga anda.
  • Pekerjaan anda.
  • Komuniti anda.
Kuasai kemahiran untuk menyelesaikan masalah secara IDEAL:
I-Kenal pasti masalah
D-Jelaskan pilihan yang diambil
E-Buat penilaian bagi setiap cadangan
A-Pilih satu cara untuk bertindak
L-Belajar dari pengalamansama ada hasilnya berjaya ataupun tidak

Cara untuk mengurangkan kemarahan:
  • berfikir secara positif
  • jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • belajar untuk menyukai diri sendiri
  • usahakan yang terbaik daripada apa yang anda ada
  • belajar untuk menerima apa yang tidak dapat diubah
  • jangan risau tentang kekurangan yang ada
  • bertenang
  • lakukan senaman selalu
  • adakan hobi
  • luangkan masa untuk keluarga dan kerja
  • dapatkan tidur yang cukup
  • dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • bersifat asertif
  • tetapkan matlamat yang realistik untuk diri anda
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia




No comments:

Post a Comment